Thursday, November 5, 2009

Wang Ehsan Kelantan

Perdana Menteri semalam telah mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membuat bayaran wang ehsan kepada negeri Kelantan mulai tahun 2010. Menurut Najib lagi, Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana sumber yang dihasilkan itu adalah di luar lingkungan tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri itu.

Sepatutnya semua pemimpin negeri Kelantan berasa bersyukur atas pengumuman tersebut, tetapi ada yang memilih untuk menjadikan isu ini sebagai isu politik dengan mempersoalkan kenapa wang ehsan dan bukan royalti.

Husam Musa contohnya menjaja bahawa ini adalah hasil perjuangan mereka menuntut royalti serta mempersoalkan kenapa Terengganu, Sabah dan Sarawak dibayar royalti sedangkan sumber petrolium yang dikeluarkan juga di luar tiga batu nautika.

Saya berpendapat, penjelasan Najib di Parlimen semalam adalah jelas dan padat. Terimalah sahaja apa yang Kerajaan Pusat nak bagi. Jangan jadikan ini sebagai isu politik untuk kepentingan politik peribadi. Utamakan kepentingan rakyat Kelantan yang akan mendapat faedah dari limpahan wang ehsan tersebut.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, sekiranya royalti yang dibayar, ia akan terus masuk ke kantung kerajaan negeri. Maka bebaslah mereka untuk membuat apa sahaja dengan sumber kewangan tambahan tersebut termasuklah segala bentuk perbelanjaan yang memberi kelebihan politik kepada mereka. Mungkin juga, ada penyokong-penyokong serta kroni-kroni mereka yang akan mendapat faedah besar.

Bersyukurlah wahai Kerajaan Negeri Kelantan.

No comments: