Thursday, September 24, 2009

Isu Calon BN PRK Bagan Pinang

1) Isu calon Barisan Nasional untuk PRK Bagan Pinang kini sedang hangat diperkatakan.

2) UMNO Bahagian Telok Kemang dengan pencalonanan tunggal mereka iaitu Ketua Bahagian sendiri, Tan Sri Isa Samad.

3) Mantan Perdana Menteri yang kita kasihi, Tun Dr Mahathit telah memberi pandangan agar Tan Sri Isa tidak dipilih sebagai calon atas dasar beliau telah didapati bersalah kerana politik wang. Tun tekankan sekali lagi pandangan beliau semasa majlis rumah terbuka MB Negeri Sembilan.

4) Saya bersetuju agar kepimpinan UMNO dan BN memilih calon selain dari Tan Sri Isa. Calon yang terpilih haruslah yang boleh diterima oleh rakyat setempat, bersih dan tidak mempunyai sebarang isu yang boleh digunakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan calon tersebut. Kita tidak mahu perkara yang sama berlaku seperti dalam PRK Permatang Pasir tempoh hari.

5) Ramai lagi kepimpinan di peringkat Bahagian Telok Kemang yang boleh ditonjolkan dan diterima oleh rakyat selain dari Tan Sri Isa.

6) Kepada Tan Sri Isa, saya berharap agar beliau sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman faham akan permasalahan ini dan bersedia memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda yang lain. Berilah sokongan yang tidak berbelah bagi kepada siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan BN nanti.

7) Apa yang penting adalah kemenangan BN yang mutlak demi menangkis tohmahan pembangkang yang mengatakan rakyat telah menolak BN. Pastikan BN menang besar kali ini.

8) Doa saya agar kepimpinan BN membuat pilihan calon yang tepat kali ini.

Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Adil Fitri saya ucapkan kepada semua bloggers.
Maaf Zahir dan Bathin