Friday, May 29, 2009

Mogok Lapar - Tak Tahan Lapar

Dengar khabar semalam mereka yang mogok lapar dah berhenti berlapar . Mungkin tak tahan lapar agaknya. Kenapa cepat sangat tamatnya?

Berlaparlah lama-lama. Baru seronok kami tengok rupa manusia yang kebuluran kerana memperjuangkan kuasa rakyat konon.

Peerah!!!

Wednesday, May 27, 2009

Tidak Kepada Chin Peng

Syabas kita ucapkan kepada Perdana Menteri atas ketegasan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini. Tindakan menghalang bekas komunis ini dari pulang boleh mengelakkan dari berlaku pelbagai perkara yang kita tidak mahu.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan juga sesiapa yang bersungguh-sungguh mendesak Kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik harus melihat pada fakta sejarah dan juga harus faham hati dan perasaan berpuluh ribu anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera. Ingatlah kesengsaraan yang dihadapi mereka, ahli keluarga dan juga rakyat semasa zaman darurat dahulu.

Saya rasa sesiapa yang mendesak, menimbulkan perkara-perkara yang dilihat seperti menyokong perjuangan komunis ini, harus dikenakan tindakan menghasut. Ini bagi menghalang mereka dari menimbulkan keresahan, keraguan dan ketidaktentuan kepada rakyat terutamanya generasi muda kita.

PRK Penanti - Putar Belit PR

1) Mula-mula Tien Chua menafikan Pakatan Rakyat membuat tawaran kepada
Aminah Abdullah dan mencabar beliau mengemukakan bukti.

2) Bila bukti dah keluar, Saifuddin Nasution katakan tawearan dibuat oleh
Peter Lim dan Cheah Kah Peng adalah atas dasar sahabat dan tidak mewakili
parti.

3) Peter Lim dan Cheah Kah Peng pula menafikan membuat sebarang tawaran
kepada Aminah Abdullah.

4) Macam mana jadi macam tu. Berbelit-belit dan penuh dengan percanggahan.

5) Biasanya hanya mereka yang menipu dan cuba menafikan sesuatu
sahaja yang akan bercakap seperti ini.

6) Saifuddin harus ingat rakyat bukan bodoh dan boleh dipermainkan dengan
cakap-cakap begitu.

7) Kita tunggu saja hasil siasatan SPR dan juga SPRM.

8) Mari kita tengok siapa yang kena.

Sunday, May 24, 2009

Pakatan Rakyat Mahu Mogok Lapar

mStar Online 24/5/2009 kata:

Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.
Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.
Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online.

Aku kata:

Begitulah gimik politik murahan Pakatan Rakyat. Sesudah Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka, macam-macam yang tidak kena pada sistem keadilan kita.

Sekarang mahu mogok lapar pula. Kononnya mendesak agar hak rakyat Perak dikembalikan untuk memilih kerajaan negeri. Macam yang aku katakan dalam posting yang lalu, kalau majoriti dalam DUN Perak milik mereka, dunia kiamat pun dia takkan minta bubar DUN.

Oleh kerana mereka nak sangat mogok lapar, maka biarkanlah. Lagi lama dia tak mahu makan, lagi bagus biar kebuluran. Terutamanya bekas-bekas Exco DAP yang biadap tu.

Apa yang aku boleh kata:

"Halo, lu orang mau mati tak makan, matilah, gua tatak lugi lo. Bila lu olang tak ada, lagi bagus lo, sikit senyap"

Wednesday, May 20, 2009

Persamaan Hak - Negara Ini Hak Kami

Kisah ini saya baru dapat dari salah satu e-mail dari rakan-rakan saya.
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar
Tan
Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah
2
orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan
syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,


Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara.
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara
orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun
kami
digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum
merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang
Melayu
perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu
dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan
antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja
dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling
berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat
ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan
Sri,
malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka
nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat
saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan
Sri
pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ .......... .......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?
Kalau ada bangsa lain yang bercakap tentang persamaan hak di dalam negara yang kita cintai ini, khabarkan mereka cerita di atas.


P. Uthayakumar

P. Uthayakumar tidak hadir di Kamunting semalam bagi perjumpaan dengan majlis penasihat. Dia sebelum ini dilapur tidak menandatangani dokumen-dokumen yang perlu sebelum dibebaskan dari tahanan ISA.

Saya berpendapat, manusia jenis ini tak boleh dibiarkan bebas. Tak pernah rasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan kepadanya dan juga segala faedah yang kerajaan beri kepada kaum India. Dia masih lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbentuk perkauman dan cenderong kepada Hindraf yang telah diharamkan.

Tangkap saja Uthayakumar dan tahan bawah ISA lagi. Jangan khuatir tentang persepsi masyarakat. Saya rasa ramai yang mahu dia disimpan dalam tahanan daripada dibiarkan merapu di luar bagaikan 'keling karam'.

PPP lagi...

Sekurang-kurangnya dua Pengerusi PPP negeri telah meminta T. Murugiah melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri di JPM. Menurut Pengerusi PPP Johor, Dr K. Sivakumar, ramai lagi pengerusi PPP negeri yang akan meminta T. Murugiah melepaskan jawatannya.

Tindakan ini dilihat seperti telah dirancang bagi memastikan Murugiah melepaskan jawatan kerana jawatan tersebut merupakan quota PPP.

Kalau dah letak jawatan, siapa yang patut dilantik? Rasa-rasanya mereka semua akan meminta PM melantik Presiden mereka iaitu Kayveas menggantikan Murugiah. Elok benarlah dilantik Kayveas. Biar dia buat kerja dan jangan asyik buat bising tak tentu fasal. Kita lihat samada dia mampu bekerja sebagaimana Murugiah atau hanya bercakap sahaja.

Kalau dah gila kuasa, macam-macam cara ada.....

Monday, May 18, 2009

Kayveas dan PPPnya.

Kayveas semenjak dahulu lagi banyak menyusahkan BN. Beliau perasan bahawa beliau ini sentiasa betul, kuat dan punyai sokongan dari masyarakat India. Apa-apa yang BN atau parti-parti komponen lain terutamanya UMNO pasti tidak betul. Kekalahan beliau juga disebabkan oleh BN yang tidak mau berubah atau mendengar nasihat beliau.

Perkara gila yang terkini yang dibuat oleh Kayveas ialah memberi kata dua kepada BN untuk PPP keluar dari BN jika tidak dapat tempat untuk bertanding nanti. Saya rasa Kayveas ni memang dah gila. Dengan Murugiah dia sudah gaduh kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

Elok kalau tak payah tunggu dia keluar dari BN. Pecat terus PPP dan kita lihat ke mana arah tuju Kayveas. Dia akan jadi orang yang gila angau....

AirAsia vs MAS

"Aku dan keluarga akan bercuti ke Kota Kinabalu Mac tahun depan. Aku dapat tiket murah AirAsia. RM 57 pergi balik seorang. Kalau campur bayaran bagasi dan tempat duduk, jumlah semuanya RM 77. Jom kita pergi". Chan mengajak aku bercuti bersamanya tahun depan.

"Aku dah pun beli tiket MAS bulan Mac tahun depan juga. Lagi murah. RM 74 pergi
balik dan ini termasuk dapat makan dan minum dalam penerbangan". Jawabku.


Begitulah dialog antara dua sahabat yang kerap terbang ke sana ke mari semenjak ujudnya syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Persaingan antara AirAsia dan MAS begitu ketara sekali.

Waima apa sekali pun, yang untung adalah pengguna. Biarlah mereka bersaing untuk membina perniagaan mereka dan memperolehi keuntungan dan pada masa yang sama, kita pengguna juga memperolehi manafaat dari persaingan harga mereka.

Sunday, May 17, 2009

Ucapan Tahniah Dari Presiden Obama

Presiden Obama telah mengirim perutusan tahniah kepada Dato Seri Najib atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Perutusan diterima setelah lebih dari sebulan peralihan kuasa kepada kepimpinan baru.



Saya berpendapat, pihak Obama khasnya dan Amerika Syarikat amnya, tidak menghormati malahan memandang kecil negara ini. Begitu jelas sekali beliau tidak peka dengan apa yang berlaku di negara kita. Kenapa baru sekarang dihantar perutusan tahniah? Apakah beliau baru mengetahuinya? Saya percaya beliau diberi taklimat saban hari oleh penasihat-penasihatnya dan juga beroleh maklumat dari kedutaannya di sini.



Zaman sekarang, apa yang berlaku diseluruh dunia boleh diketahui dalam masa yang singkat dan tidak timbul cerita lambat atau tidak mengetahui langsung. Apa yang berlaku di negara yang paling kecil dan jauh pun kita dapat mengetahuinya. Masakan Obama tidak mengetahui pelantikan Najib!



Pihak Kerajaan patut menolak atau memulangkan semula perutusan tahniah tersebut kerana ia seolah-olah tidak menghormati langsung negara ini. Kementerian Luar patut memanggil Duta Amerika Syarikat dan dimaklumkan perasaan tidak senang kita terhadap apa yang berlaku.

Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Perak.

Mahkamah telah memutuskan Nizar masih lagi MB Perak yang sah. Beliau bercadang menghadap Sultan untuk memohon membubarkan DUN Perak. Fikirkanlah sinario berikut:

1) Apa jadi kalau Sultan Perak tidak memberi perkenan untuk membubarkan DUN?

2) BN akan membuat usul tidak percaya kepada Nizar.

3) Dalam persidangan DUN yang akan datang, siapa yang akan menjadi speaker? Sivakumar
atau Ganesan?

4) Bagaimana dengan tiga orang ADUN Bebas adakah mereka diterima masuk dewan atau
dianggap telah letak jawatan?

5) Bagaimana kedudukan Zamry dan lima orang yang digantung?

Pening kepala memikirkan kemelut di Perak ini. Kalau PR merasakan telah selesai dan akan dapat memerintah Perak, mereka silap. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Jangan fikir anda sudah menang.

Kemelut ini akan berpanjangan.

Monday, May 11, 2009

Mencandat Sotong

Saya dan beberapa rakan-rakan serta ahli keluarga pada hujung minggu yang lalu telah ke Marang, Terengganu. Kami berpeluang menaiki bot ke laut berdekatan Pulau Kapas dan dapat mencuba mencandat sotong. Sememangnya waktu ini adalah musim mencandat sotong di pantai timur ini.

Dalam kepayahan kami mabuk akibat laut yang bergelora dan hujan serta angin yang kuat, dapat juga kami mencandat beberapa ekor sotong sebelum bot kami pulang atas nasihat tekong bot dikhuatiri laut semakin bergelora dan merbahaya.

Dari sini dapat kami simpulkan kepayahan yang dihadapi oleh para nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan yang bergelora. Saya berazam untuk tidak lagi tawar menawar ketika membeli ikan atau makanan laut yang lain memandangkan kepayahan nelayan menggadai nyawa mencari rezeki.

Thursday, May 7, 2009

Muktamar Tahunan PAS

Bermacam-macam cakap yang kita dengar tentang proses pemilihan jawatan di dalam muktamar parti itu yang akan datang. Ramai calon yang dikatakan berminat untuk bertanding jawatan nombor dua parti iaitu jawatan Timbalan Presiden.

Saya melihat bertambah ramai yang berminat menjadi calon jawatan utama adalah berdasarkan potensi untuk memegang jawatan di dalam kabinet sekiranya PAS dan parti-parti sekutunya berjaya menubuh kerajaan kemudian. Masing-masing sudah berangan untuk menjadi sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri atau menteri kanan.

Cuma yang pasti, tak ada ahli PAS yang berangan nak jadi Perdana Menteri kerana jawatan itu dah menjadi idaman Ketua Pembangkang YB Anwar. Entahlah...

Wednesday, May 6, 2009

Benny Arjuna

Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Benny Arjuna atau nama sebenarnya Benny Tan Liang Teck atau nama Islamnya Muhammad Adam Tan Abdullah atas kembalinya Allahyarham kerahmatullah. Mahkamah Tinggi Syariah telah membuat keputusan bahawa jenazah Allahyarham perlu dikebumikan secara Islam kerana Allahyarham telah pun memeluk agama Islam semasa hayatnya.

Keluarga Allahyarham dapat menerima keputusan mahkamah dengan rasional dan juga memberi kerjasama kepada MAIM dalam menguruskan jenazah Allahyarham.
Sinario begini tidak ada di dalam kes-kes terdahulu di mana pihak keluarga si mati bertegas untuk mengurus jenazah mengikut agama asal si mati walau pun telah dimaklumkan bahawa si mati telah memeluk Islam tanpa pengetahuan mereka.

Semoga allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.