Wednesday, May 27, 2009

Tidak Kepada Chin Peng

Syabas kita ucapkan kepada Perdana Menteri atas ketegasan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini. Tindakan menghalang bekas komunis ini dari pulang boleh mengelakkan dari berlaku pelbagai perkara yang kita tidak mahu.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan juga sesiapa yang bersungguh-sungguh mendesak Kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik harus melihat pada fakta sejarah dan juga harus faham hati dan perasaan berpuluh ribu anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera. Ingatlah kesengsaraan yang dihadapi mereka, ahli keluarga dan juga rakyat semasa zaman darurat dahulu.

Saya rasa sesiapa yang mendesak, menimbulkan perkara-perkara yang dilihat seperti menyokong perjuangan komunis ini, harus dikenakan tindakan menghasut. Ini bagi menghalang mereka dari menimbulkan keresahan, keraguan dan ketidaktentuan kepada rakyat terutamanya generasi muda kita.

1 comment:

Pak Ngah said...

Mereka kena tengok gambar-gambar anggota keselamatan yang kudung anggota badan kerana nagkara komunis dulu. Kalau dah kena batang hidung sendiri baru dia tahu.