Wednesday, November 11, 2009

Sumbangan Wang Untuk Mengerjakan Haji Bukan Rasuah

Datuk Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji pada 18 November 2009 ini selama dua minggu. Pemergiannya ditaja oleh seseorang yang bersedia membayar kesemua kos sebanyak RM 65,000.00.

Datuk Nik Aziz menyatakan bahawa adalah tidak salah bagi beliau menerima penajaan itu kerana penaja tersebut tidak mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Malahan, ramai lagi individu yang menawarkan diri untuk menaja beliau.

Mungkin benar niat si penaja tersebut ikhlas dan kerana Allah Taala. Hanya dia dan Allah Taala sahaja yang tahu niatnya yang sebenar. Alangkah bagus jika insan yang baik hati tersebut menaja lima orang miskin di Kelantan untuk mengerjakan haji dengan wang sebanyak itu. Lagi pun, Datuk Nik Aziz telah pernah mengerjakan haji sebelum ini.

Kita mungkin melihat penajaan ini sebagai ikhlas tanpa mengharapkan balasan tetapi kita perlu juga melihat sumbangan ini kepada Menteri Besar sebuah negeri dalam konteks Akta Pencegahan Rasuah. Penerimaan hamper sebagai hadiah di hari raya juga dianggap sebagai rasuah walaupun si pemberi menyatakan keikhlasannya tanpa sebarang balasan.

Mungkin pihak MACC ingin memberi pandangan mereka tentang perkara ini.

No comments: