Wednesday, November 11, 2009

Bai'ah PAS

YB Khalid Samad kata berlaku bai'ah iaitu lafaz akujanji dan taat setia kepada parti dan kalau wakil rakyat PAS keluar parti, maka akan jatuh talak tiga ke atas isteri masing-masing. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman kata ia ada berlaku.

Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula kata tak tahu menahu. Dewan Muslimat PAS melalui ketuanya, mempertahankan amalan tersebut. Ust Taib Azamudden mengatakan bai'ah ini satu dongengan dan merupakan motif politik. Husam dengan bangganya mengatakan beliau juga ada melafazkan bai'ah ini dan yakin ia betul.

Bermacam-macam versi, pengakuan, penafian, penerimaan serta penolakan yang kita saksikan berlaku dalam isu ini oleh pemimpin-pemimpin PAS. Mana satu yang betul, hanya Allah SWT yang tahu.

Bagaimana agaknya lafaz bai'ah ini diambil oleh wakil rakyat mereka macam Dr Lo'Lo dan YB dari Rantau Panjang serta calon-calon pilihanraya wanita dari PAS?

Kalau keluar parti, apa yang tercerai???

No comments: