Friday, November 6, 2009

ADUN Bukan Islam Berucap Dalam Masjid!!!

Astaghfirullah… . apa dah jadi di Taman Sri Andalas, Klang?

Telah dilapurkan di dalam akhbar hari ini, Ahli Jawatankuasa sebuah masjid di sana dikatakan telah membenarkan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berucap di dewan utama iaitu dewan solat masjid itu pada bulan puasa yang lalu.

Kalau benar sekali pun bahawa ADUN bukan Islam tersebut berucap atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dan juga hanya memberi ucapan alu-aluan sahaja, tidak bolehkah beliau berucap di kawasan luar dari dewan solat? Atau adakan majlis tersebut di sebelah luar / perkarangan masjid. Perlukah ADUN tersebut diundang ke masjid ? Tidak ada lagikah pemimpin Islam lain atau wakil beliau di kalangan orang Islam yang boleh hadir mewakili beliau?

Sedarlah para AJK yang terbabit. Jangan dicampur- aduk politik dan agama. Kalau dah tak ada pemimpin-pemimpin PAS, PKR atau DAP yang Islam, dan kalau tak dibenarkan menjemput pemimpin UMNO, panggillah pegawai-pegawai kerajaan di peringkat negeri atau daerah mahupun dari JAIS dan sebagainya.

Jangan disamakan agama suci kita dengan agama-agama lain. Agama lain mungkin membenarkan orang yang tidak sama agama untuk masuk ke tempat ibadat mereka. Agama Islam adalah agama suci, masjid adalah tempat ibadat kita dan jagalah sensitiviti kita umat Islam.

No comments: