Thursday, December 3, 2009

Siapa Boss?



Percayakah anda apa yang Datuk Seri Anwar katakan? Bersediakah beliau menjadi orang bawahan kepada Khalid Ibrahim? Bersediakah beliau mendengar segala arahan dari Khalid Ibrahim?

Tidak mungkin! Kalau sudah menjadi boss, tetap boss tidak kira dimana-mana sekali pun. Tidak mungkin bakal 'Perdana Menteri' akan mendengar cakap atau menerima arahan dari MB sebuah negeri.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah Selangor akan menjadi sebuah negeri yang diperintah pada zahirnya oleh Khalid Ibrahim tetapi sebenarnya Anwar yang mengawal segala-galanya.

Atau mungkinkah, ini merupakan satu latihan kepada Anwar sebelum beliau mengambil-alih jawatan PM nanti? Jangan terlalu banyak berangan!!!

Wednesday, November 11, 2009

Dato MAZA sertai politik?

Dato Mohd Asri menyatakan kemungkinan menyertai politik sekiranya beliau dihalang dari berdakwah seperti sekarang. Ini bagi memudahkan beliau menyampaikan dakwah atas platform politik pula.

Saya merasakan bahwa Dato Mohd Asri harus kekal dengan situasi sekarang dimana beliau berdakwah atas platform pendakwah yang tidak berpartisan. Masyarakat umum telah menerima beliau sebagai pendakwah tersohor. Pihak kerajaan mahu pun pembangkang pada masa ini menerima beliau dan penyertaan beliau ke dalam politik akan menyukarkan masyarakat untuk terus mengikuti atau menerima beliau sebagai pendakwah seperti sekarang.

Perlu kita lihat apa yang telah terjadi kepada Dato Haron Din, Ust Taib Azamudden, Hassan Ali, Badrul Amin dan Ismail Kamus. Kesemua mereka menyertai politik. Perjalanan karier mereka sebagai pendakwah, pada saya telah terbantut dan tidak berkesan berbanding sebelumnya. Mereka mungkin berjaya sebagai ahli politik tetapi tidak sebagai pendakwah.

Fikirlah Ustaz mana yang terbaik...

Sumbangan Wang Untuk Mengerjakan Haji Bukan Rasuah

Datuk Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji pada 18 November 2009 ini selama dua minggu. Pemergiannya ditaja oleh seseorang yang bersedia membayar kesemua kos sebanyak RM 65,000.00.

Datuk Nik Aziz menyatakan bahawa adalah tidak salah bagi beliau menerima penajaan itu kerana penaja tersebut tidak mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Malahan, ramai lagi individu yang menawarkan diri untuk menaja beliau.

Mungkin benar niat si penaja tersebut ikhlas dan kerana Allah Taala. Hanya dia dan Allah Taala sahaja yang tahu niatnya yang sebenar. Alangkah bagus jika insan yang baik hati tersebut menaja lima orang miskin di Kelantan untuk mengerjakan haji dengan wang sebanyak itu. Lagi pun, Datuk Nik Aziz telah pernah mengerjakan haji sebelum ini.

Kita mungkin melihat penajaan ini sebagai ikhlas tanpa mengharapkan balasan tetapi kita perlu juga melihat sumbangan ini kepada Menteri Besar sebuah negeri dalam konteks Akta Pencegahan Rasuah. Penerimaan hamper sebagai hadiah di hari raya juga dianggap sebagai rasuah walaupun si pemberi menyatakan keikhlasannya tanpa sebarang balasan.

Mungkin pihak MACC ingin memberi pandangan mereka tentang perkara ini.

Bai'ah PAS

YB Khalid Samad kata berlaku bai'ah iaitu lafaz akujanji dan taat setia kepada parti dan kalau wakil rakyat PAS keluar parti, maka akan jatuh talak tiga ke atas isteri masing-masing. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman kata ia ada berlaku.

Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula kata tak tahu menahu. Dewan Muslimat PAS melalui ketuanya, mempertahankan amalan tersebut. Ust Taib Azamudden mengatakan bai'ah ini satu dongengan dan merupakan motif politik. Husam dengan bangganya mengatakan beliau juga ada melafazkan bai'ah ini dan yakin ia betul.

Bermacam-macam versi, pengakuan, penafian, penerimaan serta penolakan yang kita saksikan berlaku dalam isu ini oleh pemimpin-pemimpin PAS. Mana satu yang betul, hanya Allah SWT yang tahu.

Bagaimana agaknya lafaz bai'ah ini diambil oleh wakil rakyat mereka macam Dr Lo'Lo dan YB dari Rantau Panjang serta calon-calon pilihanraya wanita dari PAS?

Kalau keluar parti, apa yang tercerai???

Belum Lagi bercerai, Manohara Sudah Dirisik Ramai Lelaki

Apa sudah jadi mbak Manohara?

Berikut adalah berita yang terbit dalam mstar.com.my berkenaan Manohara. Segala tindakan mu ini bakal mengundang persepsi negatif terhadapmu. Ia mencerminkan tingkah-laku mu yang sebenar bertepatan dengan tindakan mu melarikan diri atau lebih tepat keluar dari rumah tanpa izin suami mu.


"MESKIPUN belum rasmi bercerai, jelitawan yang kini sudah sampai ke peringkat status selebriti, Manohara Odelia Pinot sudah dirisik oleh ramai lelaki.

Isteri Tengku Temenggong Muhammad Fachry Petra, ternyata tidak ingin terburu-buru mencari pengganti.

"Kalau difikirkan, saya tidak mahu mencari. Kalau teman lelaki memang ramai tapi tidak ada yang lebih rapat waktu ini," jelas Mano.

Mano mengaku, ada beberapa lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Namun, semua ditolaknya.

"Ada yang tawar diri tapi saya tidak serius. Mungkin kerana mereka sering melihat saya mucul di television," kata Mano lagi.

Katanya lagi, "Saya berkawan dengan sesiapa saja..."

Mano tidak ingin cepat mengambil keputusan untuk menentukan siapa pilihan untuk menjadi pengganti.

"Saya orang yang santai. Kalau untuk cari teman laki-laki, saya perlu lihat dari ketulusannya. Bukannya hendak memilih, perlu ada batas-batasnya," tutur Mano."

Friday, November 6, 2009

ADUN Bukan Islam Berucap Dalam Masjid!!!

Astaghfirullah… . apa dah jadi di Taman Sri Andalas, Klang?

Telah dilapurkan di dalam akhbar hari ini, Ahli Jawatankuasa sebuah masjid di sana dikatakan telah membenarkan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berucap di dewan utama iaitu dewan solat masjid itu pada bulan puasa yang lalu.

Kalau benar sekali pun bahawa ADUN bukan Islam tersebut berucap atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dan juga hanya memberi ucapan alu-aluan sahaja, tidak bolehkah beliau berucap di kawasan luar dari dewan solat? Atau adakan majlis tersebut di sebelah luar / perkarangan masjid. Perlukah ADUN tersebut diundang ke masjid ? Tidak ada lagikah pemimpin Islam lain atau wakil beliau di kalangan orang Islam yang boleh hadir mewakili beliau?

Sedarlah para AJK yang terbabit. Jangan dicampur- aduk politik dan agama. Kalau dah tak ada pemimpin-pemimpin PAS, PKR atau DAP yang Islam, dan kalau tak dibenarkan menjemput pemimpin UMNO, panggillah pegawai-pegawai kerajaan di peringkat negeri atau daerah mahupun dari JAIS dan sebagainya.

Jangan disamakan agama suci kita dengan agama-agama lain. Agama lain mungkin membenarkan orang yang tidak sama agama untuk masuk ke tempat ibadat mereka. Agama Islam adalah agama suci, masjid adalah tempat ibadat kita dan jagalah sensitiviti kita umat Islam.

Thursday, November 5, 2009

Minta Bonus Salah Dari Segi Moral

Utusan Malaysia Online ada menyiarkan komen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang tuntutan CUEPACS untuk pembayaran bonus sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan awam.

Sila baca pada link ini:Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Seperti yang telah saya nyatakan dalam pos terdahulu tentang tindakan Presiden CUEPACS Omar Osman pada bulan Oktober 2008, PM juga menyatakan perkara yang sama tentang usaha-usaha kepimpinan CUEPACS untuk mengejar populariti dikalangan penjawat awam tanpa memikirkan kedudukan ekonomi negara.

Cukuplah Omar Osman....