Wednesday, June 10, 2009

Terima Kasih T.Murugiah

Kesan daripada rebutan kuasa di dalam PPP di antara Kayveas dan Murugiah telah menyebabkan angin perubahan kepada Kayveas. Beliau kini dah berlembut denganBN dan telah mengisytiharkan bahawa PPP akan tetap di dalam BN.

Inilah kesannya apabila berasa kedudukan sendiri tercabar dan goyah, maka mahu tak mahu terpaksa berlembut dan berpatah balik dari sagala ugutan dan desakan kepada kepimpinan BN yang dibuat sebelum ini.

Pada saya senang sahaja. Kayveas tidak perlu ugut kepimpinan BN. Kalau mahu keluar BN, anda dipersilakan. Apabila Murugiah sudah mula menentang beliau, baru beliau tahu perlunya sokongan dari kepimpinan BN kepadanya.

Terima kasih Murugiah kerana berjaya mengajar Kayveas.

Tuesday, June 9, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan

Apabila isu Kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan di dalam muktamar PAS yang baru lalu, ada pihak yang telah mula rasa menggeletar. Apa yang ketara dapat dilihat ialah bagaimana Lim Guan Eng dari DAP mula melatah dan meminta Hj Hadi menjelaskan tentang isu ini kepada pimpinan tertinggi PR. Begitu juga pihak PKR.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini adalah perasaan takut mereka di dalam DAP dan juga PKR apabila PAS bercadang untuk berkerjasama dengan UMNO. Ini dilihat dapat mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan seterusnya merugikan mereka di dalam DAP dan PKR yang selama ini semenjak dahulu banyak mendapat manafaat dari perpecahan Melayu.
Bersatulah bangsaku. Hidup Melayu.

Friday, May 29, 2009

Mogok Lapar - Tak Tahan Lapar

Dengar khabar semalam mereka yang mogok lapar dah berhenti berlapar . Mungkin tak tahan lapar agaknya. Kenapa cepat sangat tamatnya?

Berlaparlah lama-lama. Baru seronok kami tengok rupa manusia yang kebuluran kerana memperjuangkan kuasa rakyat konon.

Peerah!!!

Wednesday, May 27, 2009

Tidak Kepada Chin Peng

Syabas kita ucapkan kepada Perdana Menteri atas ketegasan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini. Tindakan menghalang bekas komunis ini dari pulang boleh mengelakkan dari berlaku pelbagai perkara yang kita tidak mahu.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan juga sesiapa yang bersungguh-sungguh mendesak Kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik harus melihat pada fakta sejarah dan juga harus faham hati dan perasaan berpuluh ribu anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera. Ingatlah kesengsaraan yang dihadapi mereka, ahli keluarga dan juga rakyat semasa zaman darurat dahulu.

Saya rasa sesiapa yang mendesak, menimbulkan perkara-perkara yang dilihat seperti menyokong perjuangan komunis ini, harus dikenakan tindakan menghasut. Ini bagi menghalang mereka dari menimbulkan keresahan, keraguan dan ketidaktentuan kepada rakyat terutamanya generasi muda kita.

PRK Penanti - Putar Belit PR

1) Mula-mula Tien Chua menafikan Pakatan Rakyat membuat tawaran kepada
Aminah Abdullah dan mencabar beliau mengemukakan bukti.

2) Bila bukti dah keluar, Saifuddin Nasution katakan tawearan dibuat oleh
Peter Lim dan Cheah Kah Peng adalah atas dasar sahabat dan tidak mewakili
parti.

3) Peter Lim dan Cheah Kah Peng pula menafikan membuat sebarang tawaran
kepada Aminah Abdullah.

4) Macam mana jadi macam tu. Berbelit-belit dan penuh dengan percanggahan.

5) Biasanya hanya mereka yang menipu dan cuba menafikan sesuatu
sahaja yang akan bercakap seperti ini.

6) Saifuddin harus ingat rakyat bukan bodoh dan boleh dipermainkan dengan
cakap-cakap begitu.

7) Kita tunggu saja hasil siasatan SPR dan juga SPRM.

8) Mari kita tengok siapa yang kena.

Sunday, May 24, 2009

Pakatan Rakyat Mahu Mogok Lapar

mStar Online 24/5/2009 kata:

Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.
Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.
Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online.

Aku kata:

Begitulah gimik politik murahan Pakatan Rakyat. Sesudah Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka, macam-macam yang tidak kena pada sistem keadilan kita.

Sekarang mahu mogok lapar pula. Kononnya mendesak agar hak rakyat Perak dikembalikan untuk memilih kerajaan negeri. Macam yang aku katakan dalam posting yang lalu, kalau majoriti dalam DUN Perak milik mereka, dunia kiamat pun dia takkan minta bubar DUN.

Oleh kerana mereka nak sangat mogok lapar, maka biarkanlah. Lagi lama dia tak mahu makan, lagi bagus biar kebuluran. Terutamanya bekas-bekas Exco DAP yang biadap tu.

Apa yang aku boleh kata:

"Halo, lu orang mau mati tak makan, matilah, gua tatak lugi lo. Bila lu olang tak ada, lagi bagus lo, sikit senyap"

Wednesday, May 20, 2009

Persamaan Hak - Negara Ini Hak Kami

Kisah ini saya baru dapat dari salah satu e-mail dari rakan-rakan saya.
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar
Tan
Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah
2
orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan
syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,


Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara.
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara
orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun
kami
digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum
merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang
Melayu
perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu
dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan
antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja
dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling
berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat
ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan
Sri,
malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka
nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat
saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan
Sri
pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ .......... .......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?
Kalau ada bangsa lain yang bercakap tentang persamaan hak di dalam negara yang kita cintai ini, khabarkan mereka cerita di atas.