Tuesday, August 18, 2009

Nik Aziz buat hal lagi

Islam UMNO tidak membawa ke syurga, kata Nik Aziz.

Kalau macam tu, orang UMNO dan para penyokongnya jangan mimpi dan berangan dan masuk syurga. Ahli PAS serta penyokong-penyokongnya boleh tidor lena kerana Nik Aziz dah guarantee boleh masuk syurga.

Mungkin ahli-ahli serta penyokong-penyokong PKR dan DAP juga dijamin masuk syurga fasal sama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Seronoklah Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Anwar dan mamat-mamat penyangak lain. Buat jahat pun tak apa. Sokong PAS, kalau mati masih masuk syurga.

Apa dah jadi Tuan Guru ???

Pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam

MB Selangor meminta penduduk di Seksyen 23, Shah Alam bertimbang rasa menerima keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektar berhampiran kawasan perumahan tersebut. Kita hidup dalam masyarakat majmuk, bertimbang rasalah, katanya. Menurut Khalid, kuil itu sebenarnya dialihkan dari kawasan lain dan setelah perbincangan dibuat, ia diputuskan dibina di Seksyen 23. - Utusan Malaysia 18 Ogos 2009.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tan Sri Khalid boleh cakap dengan senang fasal beliau tidak menghadapinya. Yang menanggung beban dan sakit mata memandang ini adalah penduduk Islam Seksyen 23. Penduduk Hindu di situ ada hanya sekitar 40 orang sahaja.

Saya cadangkan agar sebuah kuil Hindu dan sebuah tokong Cina dibina di dalam kawasan kediaman rasmi MB Selangor. Ini bagi memudahkan penganut agama Hindu dan Buddha yang sering ke kediaman MB atas segala jenis urusan dapat beribadat dengan selesa. Ini untuk menghormati masyarakat majmuk katakan.

Kalau nak cantik lagi, bina juga di dalam kawasan Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Apa macam Tan Sri!!!

Wong Chuan How - hebat luu..

Hebat betul lakonan Wong. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem Replacement Killer. Chow Yuen Fatt dalam filem tu pun kena tembak dan cedera parah tapi masih boleh berjalan tanpa tongkat.

Kalau dilihat semula, gambar di bawah, lakonan Wong tidak masuk akal langsung. Cederanya dilutut tapi balut sampai satu kaki. Cara balutan kaki tu adalah sekiranya kaki Wong patah. Tak mungkin ia patah. Nampak sangat pihak DAP dah terdesak.





== gambar dari 'The Unspinners'

Wednesday, June 10, 2009

Terima Kasih T.Murugiah

Kesan daripada rebutan kuasa di dalam PPP di antara Kayveas dan Murugiah telah menyebabkan angin perubahan kepada Kayveas. Beliau kini dah berlembut denganBN dan telah mengisytiharkan bahawa PPP akan tetap di dalam BN.

Inilah kesannya apabila berasa kedudukan sendiri tercabar dan goyah, maka mahu tak mahu terpaksa berlembut dan berpatah balik dari sagala ugutan dan desakan kepada kepimpinan BN yang dibuat sebelum ini.

Pada saya senang sahaja. Kayveas tidak perlu ugut kepimpinan BN. Kalau mahu keluar BN, anda dipersilakan. Apabila Murugiah sudah mula menentang beliau, baru beliau tahu perlunya sokongan dari kepimpinan BN kepadanya.

Terima kasih Murugiah kerana berjaya mengajar Kayveas.

Tuesday, June 9, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan

Apabila isu Kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan di dalam muktamar PAS yang baru lalu, ada pihak yang telah mula rasa menggeletar. Apa yang ketara dapat dilihat ialah bagaimana Lim Guan Eng dari DAP mula melatah dan meminta Hj Hadi menjelaskan tentang isu ini kepada pimpinan tertinggi PR. Begitu juga pihak PKR.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini adalah perasaan takut mereka di dalam DAP dan juga PKR apabila PAS bercadang untuk berkerjasama dengan UMNO. Ini dilihat dapat mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan seterusnya merugikan mereka di dalam DAP dan PKR yang selama ini semenjak dahulu banyak mendapat manafaat dari perpecahan Melayu.
Bersatulah bangsaku. Hidup Melayu.

Friday, May 29, 2009

Mogok Lapar - Tak Tahan Lapar

Dengar khabar semalam mereka yang mogok lapar dah berhenti berlapar . Mungkin tak tahan lapar agaknya. Kenapa cepat sangat tamatnya?

Berlaparlah lama-lama. Baru seronok kami tengok rupa manusia yang kebuluran kerana memperjuangkan kuasa rakyat konon.

Peerah!!!

Wednesday, May 27, 2009

Tidak Kepada Chin Peng

Syabas kita ucapkan kepada Perdana Menteri atas ketegasan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini. Tindakan menghalang bekas komunis ini dari pulang boleh mengelakkan dari berlaku pelbagai perkara yang kita tidak mahu.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan juga sesiapa yang bersungguh-sungguh mendesak Kerajaan agar membenarkan Chin Peng balik harus melihat pada fakta sejarah dan juga harus faham hati dan perasaan berpuluh ribu anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera. Ingatlah kesengsaraan yang dihadapi mereka, ahli keluarga dan juga rakyat semasa zaman darurat dahulu.

Saya rasa sesiapa yang mendesak, menimbulkan perkara-perkara yang dilihat seperti menyokong perjuangan komunis ini, harus dikenakan tindakan menghasut. Ini bagi menghalang mereka dari menimbulkan keresahan, keraguan dan ketidaktentuan kepada rakyat terutamanya generasi muda kita.