Tuesday, November 11, 2008

Pergerakan Wanita UMNO

EXCO Wanita UMNO memutuskan untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa pada Jun 2009. Antara alasan ketuanya adalah demi memastikan tidak ada perpecahan di dalam pergerakan tersebut disamping mengukuhkan lagi UMNO.
Saya berpendapat, keputusan pencalonan dari peringkat bahagian yang tamat minggu lalu adalah mencerminkan tidak ada perpecahan yang akan berlaku sekiranya peralihan kuasa dibuat pada Mac 2009. Cukuplah untuk Tan Seri Rafidah berkhidmat sebagai ketua. Sekiranya Tan Seri menarik diri dan membenarkan Datuk Seri Shahrizat menang tanpa bertanding, maka jawatan Naib Ketua juga tidak dipertandingkan apabila Datuk Kamilia Ibrahim pula menang tanpa bertanding. Ini juga dapat mengelakkan perpecahan selepas pertandingan.
Apa gunanya memenangi jawatan ketua pada bulan Mac 2009 dan selepas tiga bulan melepaskannya? Berfikirlah secara matang wahai Exco Pergerakan Wanita!!!

2 comments:

Anonymous said...

Saya baru terbaca posting saudara. Sekarang kita dapat lihat kematangan ahli2 Pergerakan Wanita UMNO apabila mereka memilih Ketua yang baru.
Sayang sekali apabila Rafidah terpaksa mengakhiri perjalanan politik beliau sebagai seorang yang tewas.

INTIP said...

Anon,
Mungkin pelantikan Rafidah sebagai ahli MKT UMNO dapat memberi beliau satu platfom utk nenonjolkan semula diri beliau dalam politik UMNO terutamanya di dalam Pergerakan Wanitanya. Shahrizat pula perlu segera menyatukan semula ahli2 Wanita yg jelas telah terpecah kesan dari pemilihan yang lalu.