Tuesday, October 14, 2008

Perbahasan Bajet 2009

Anwar Ibrahim dalam persidangan Parlimen semalam telah meminta kerajaan menarik balik pembentangan Bajet 2009 dan membuat kajian semula mengambilkira keadaan semasa ekonomi global tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker.

Apa yang susah sangat sampai nak suruh kerajaan buat pindaan. Perkara ini tidak akan selesai kerana dalam masa perbahasan ini dengan pindaan-pindaan yang dibuat (jika kerajaan setuju), keadaan ekonomi global berkemungkinan akan berubah lagi. Jadi ini tidak akan ada kesudahan.

Kalau Anwar begitu yakin mampu menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada bila-bila masa, kenapa perlu minta kerajaan BN menarik balik pembentangan bajet 2009? Tubuh saja karajaan Pakatan Rakyat dan bentangkan di Parlimen bajet 2009 mengikut acuan dan kehendak mereka.

Jangan buang masa orang lain. Kalau benar mampu, teruskan!!. Jangan cakap saja macam tin kosong!!!

1 comment:

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan saudara. Pihak pembangkang ini, terutamanya kepalanya cakap tak serupa bikin. Banyak buat bising tapi kosong.