Wednesday, May 20, 2009

P. Uthayakumar

P. Uthayakumar tidak hadir di Kamunting semalam bagi perjumpaan dengan majlis penasihat. Dia sebelum ini dilapur tidak menandatangani dokumen-dokumen yang perlu sebelum dibebaskan dari tahanan ISA.

Saya berpendapat, manusia jenis ini tak boleh dibiarkan bebas. Tak pernah rasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan kepadanya dan juga segala faedah yang kerajaan beri kepada kaum India. Dia masih lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbentuk perkauman dan cenderong kepada Hindraf yang telah diharamkan.

Tangkap saja Uthayakumar dan tahan bawah ISA lagi. Jangan khuatir tentang persepsi masyarakat. Saya rasa ramai yang mahu dia disimpan dalam tahanan daripada dibiarkan merapu di luar bagaikan 'keling karam'.

PPP lagi...

Sekurang-kurangnya dua Pengerusi PPP negeri telah meminta T. Murugiah melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri di JPM. Menurut Pengerusi PPP Johor, Dr K. Sivakumar, ramai lagi pengerusi PPP negeri yang akan meminta T. Murugiah melepaskan jawatannya.

Tindakan ini dilihat seperti telah dirancang bagi memastikan Murugiah melepaskan jawatan kerana jawatan tersebut merupakan quota PPP.

Kalau dah letak jawatan, siapa yang patut dilantik? Rasa-rasanya mereka semua akan meminta PM melantik Presiden mereka iaitu Kayveas menggantikan Murugiah. Elok benarlah dilantik Kayveas. Biar dia buat kerja dan jangan asyik buat bising tak tentu fasal. Kita lihat samada dia mampu bekerja sebagaimana Murugiah atau hanya bercakap sahaja.

Kalau dah gila kuasa, macam-macam cara ada.....

Monday, May 18, 2009

Kayveas dan PPPnya.

Kayveas semenjak dahulu lagi banyak menyusahkan BN. Beliau perasan bahawa beliau ini sentiasa betul, kuat dan punyai sokongan dari masyarakat India. Apa-apa yang BN atau parti-parti komponen lain terutamanya UMNO pasti tidak betul. Kekalahan beliau juga disebabkan oleh BN yang tidak mau berubah atau mendengar nasihat beliau.

Perkara gila yang terkini yang dibuat oleh Kayveas ialah memberi kata dua kepada BN untuk PPP keluar dari BN jika tidak dapat tempat untuk bertanding nanti. Saya rasa Kayveas ni memang dah gila. Dengan Murugiah dia sudah gaduh kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

Elok kalau tak payah tunggu dia keluar dari BN. Pecat terus PPP dan kita lihat ke mana arah tuju Kayveas. Dia akan jadi orang yang gila angau....

AirAsia vs MAS

"Aku dan keluarga akan bercuti ke Kota Kinabalu Mac tahun depan. Aku dapat tiket murah AirAsia. RM 57 pergi balik seorang. Kalau campur bayaran bagasi dan tempat duduk, jumlah semuanya RM 77. Jom kita pergi". Chan mengajak aku bercuti bersamanya tahun depan.

"Aku dah pun beli tiket MAS bulan Mac tahun depan juga. Lagi murah. RM 74 pergi
balik dan ini termasuk dapat makan dan minum dalam penerbangan". Jawabku.


Begitulah dialog antara dua sahabat yang kerap terbang ke sana ke mari semenjak ujudnya syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Persaingan antara AirAsia dan MAS begitu ketara sekali.

Waima apa sekali pun, yang untung adalah pengguna. Biarlah mereka bersaing untuk membina perniagaan mereka dan memperolehi keuntungan dan pada masa yang sama, kita pengguna juga memperolehi manafaat dari persaingan harga mereka.

Sunday, May 17, 2009

Ucapan Tahniah Dari Presiden Obama

Presiden Obama telah mengirim perutusan tahniah kepada Dato Seri Najib atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Perutusan diterima setelah lebih dari sebulan peralihan kuasa kepada kepimpinan baru.



Saya berpendapat, pihak Obama khasnya dan Amerika Syarikat amnya, tidak menghormati malahan memandang kecil negara ini. Begitu jelas sekali beliau tidak peka dengan apa yang berlaku di negara kita. Kenapa baru sekarang dihantar perutusan tahniah? Apakah beliau baru mengetahuinya? Saya percaya beliau diberi taklimat saban hari oleh penasihat-penasihatnya dan juga beroleh maklumat dari kedutaannya di sini.



Zaman sekarang, apa yang berlaku diseluruh dunia boleh diketahui dalam masa yang singkat dan tidak timbul cerita lambat atau tidak mengetahui langsung. Apa yang berlaku di negara yang paling kecil dan jauh pun kita dapat mengetahuinya. Masakan Obama tidak mengetahui pelantikan Najib!



Pihak Kerajaan patut menolak atau memulangkan semula perutusan tahniah tersebut kerana ia seolah-olah tidak menghormati langsung negara ini. Kementerian Luar patut memanggil Duta Amerika Syarikat dan dimaklumkan perasaan tidak senang kita terhadap apa yang berlaku.

Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Perak.

Mahkamah telah memutuskan Nizar masih lagi MB Perak yang sah. Beliau bercadang menghadap Sultan untuk memohon membubarkan DUN Perak. Fikirkanlah sinario berikut:

1) Apa jadi kalau Sultan Perak tidak memberi perkenan untuk membubarkan DUN?

2) BN akan membuat usul tidak percaya kepada Nizar.

3) Dalam persidangan DUN yang akan datang, siapa yang akan menjadi speaker? Sivakumar
atau Ganesan?

4) Bagaimana dengan tiga orang ADUN Bebas adakah mereka diterima masuk dewan atau
dianggap telah letak jawatan?

5) Bagaimana kedudukan Zamry dan lima orang yang digantung?

Pening kepala memikirkan kemelut di Perak ini. Kalau PR merasakan telah selesai dan akan dapat memerintah Perak, mereka silap. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Jangan fikir anda sudah menang.

Kemelut ini akan berpanjangan.

Monday, May 11, 2009

Mencandat Sotong

Saya dan beberapa rakan-rakan serta ahli keluarga pada hujung minggu yang lalu telah ke Marang, Terengganu. Kami berpeluang menaiki bot ke laut berdekatan Pulau Kapas dan dapat mencuba mencandat sotong. Sememangnya waktu ini adalah musim mencandat sotong di pantai timur ini.

Dalam kepayahan kami mabuk akibat laut yang bergelora dan hujan serta angin yang kuat, dapat juga kami mencandat beberapa ekor sotong sebelum bot kami pulang atas nasihat tekong bot dikhuatiri laut semakin bergelora dan merbahaya.

Dari sini dapat kami simpulkan kepayahan yang dihadapi oleh para nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan yang bergelora. Saya berazam untuk tidak lagi tawar menawar ketika membeli ikan atau makanan laut yang lain memandangkan kepayahan nelayan menggadai nyawa mencari rezeki.