Sunday, May 17, 2009

Ucapan Tahniah Dari Presiden Obama

Presiden Obama telah mengirim perutusan tahniah kepada Dato Seri Najib atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Perutusan diterima setelah lebih dari sebulan peralihan kuasa kepada kepimpinan baru.



Saya berpendapat, pihak Obama khasnya dan Amerika Syarikat amnya, tidak menghormati malahan memandang kecil negara ini. Begitu jelas sekali beliau tidak peka dengan apa yang berlaku di negara kita. Kenapa baru sekarang dihantar perutusan tahniah? Apakah beliau baru mengetahuinya? Saya percaya beliau diberi taklimat saban hari oleh penasihat-penasihatnya dan juga beroleh maklumat dari kedutaannya di sini.



Zaman sekarang, apa yang berlaku diseluruh dunia boleh diketahui dalam masa yang singkat dan tidak timbul cerita lambat atau tidak mengetahui langsung. Apa yang berlaku di negara yang paling kecil dan jauh pun kita dapat mengetahuinya. Masakan Obama tidak mengetahui pelantikan Najib!



Pihak Kerajaan patut menolak atau memulangkan semula perutusan tahniah tersebut kerana ia seolah-olah tidak menghormati langsung negara ini. Kementerian Luar patut memanggil Duta Amerika Syarikat dan dimaklumkan perasaan tidak senang kita terhadap apa yang berlaku.

No comments: